Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pelajar Praktikal Di NASA Jumpa Planet Mirip Bumi, Saiz 6 Kali Ganda Lebih Besar

Penemuan ini merupakan sebuah penemuan yang tidak disangka.
Editor
08 Feb 2020, 04:24 PM

Seorang pelajar pelatih mengejutkan keseluruhan NASA (The National Aeronautics and Space Administration) apabila beliau menjumpai sebuah planet baru yang menyerupai bumi, baru-baru ini.

NASA merupakan sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat di mana, fokus operasinya adalah dalam mengkaji alam cakerawala dan angkasa keseluruhannya. Reputasi agensi ini diiktiraf seluruh dunia.

Berita penemuan planet tersebut diwartakan baru-baru ini di mana Wolf Cukier, 17, yang merupakan pelajar pelatih (intern) menemukan kelainan di dalam data yang didapati daripada satelit agensi tersebut. Setelah pemerhatian daripada mentornya, sah penemuan tersebut merupakan sebuah planet yang mirip dengan bumi yang kita duduki sekarang.

Planet baru tersebut diberikan gelaran TOI 1338 dan dianggarkan mempunyai saiz 6.9 kali ganda besar daripada bumi kita. Ia terletak di gugusan bintang (buruj) Pictor yang terletak kira-kira 1,300 tahun cahaya daripada bumi. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9 trillion (9,000,000,000,000) kilometer.

pelajar praktikal di nasa jumpa planet mirip bumi, saiz 6 kali ganda lebih besar

Penemuan ini merupakan sebuah penemuan yang besar kerana TOI 1338 ini merupakan planet pertama yang dijumpai yang mempunyai 2 matahari! Dua matahari ini saling mengorbit satu sama lain selang 15 hari. salah satu daripada mataharinya mempunyai saiz 10% lebih besar daripada matahari kita. 

pelajar praktikal di nasa jumpa planet mirip bumi, saiz 6 kali ganda lebih besar

Penemuan ini hanyalah menunjukkan betapa indahnya dunia ini dan betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan keseluruhan alam cakerawala ini. Keluasan angkasa lepas sebenarnya tidak dapat diterima logik akal dan kita hanya mengetahui sekelumit sahaja informasi tentangnya.

Sumber: CNBC

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}