Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Mulai 7 Disember, Rentas Negeri DIBENARKAN Seluruh Negara Kecuali Kawasan PKPD

Tiada lagi had jumlah penumpang dalam kenderaan, bergantung kepada kapasiti tempat duduk.
Editor
05 Dec 2020, 06:34 PM

Menerusi sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beberapa negeri dan kawasan di Malaysia sudah ditamatkan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

mulai 7 disember, rentas negeri dibenarkan seluruh negara kecuali kawasan pkpd

Bagaimanapun, masih ada beberapa kawasan yang dikenakan PKPB dan PKPD hingga tarikh yang dimaklumkan.

Berikut adalah intipati sidang media sebentar tadi:

- PKPB seluruh Pulau Pinang ditamatkan pada 6 Disember seperti yang dijadualkan kecuali Mukim 12, Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut sehingga 20 Disember 2020.

- PKPD dilaksanakan di Flat Jalan Paya Terubong, Relau dan Flat Desa Bestari, Batu Uban mulai 7 hingga 20 Disember.

- PKPB di Perak ditamatkan mulai esok kecuali daerah Kinta serta Mukim Teja di daerah Kampar dan Mukim Changkat Jong di daerah Hilir Perak sehingga 20 Disember.

- PKPD di Zon 8 dan Zon C Taman Meru 2C Ipoh, Perak ditamatkan mulai hari ini, lebih awal berbanding dijadualkan.

- PKPD dilaksanakan di Depoh Tahanan Imigresen Langkap serta Kuarters Daerah Hilir Perak berkuat kuasa 6 hingga 19 Disember 2020.

- PKPB di Kelantan ditamatkan mulai esok kecuali di empat daerah iaitu Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas sehingga 20 Disember.

- PKPD dikenakan di Madrasah Adiniah AlFalahiah Pondok Kg Dalam Huma, Bukit Awang dekat Pasir Puteh mulai 7 hingga 20 Disember.

- PKPB di Selangor dilanjutkan mulai 7 hingga 20 Disember kecuali Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

- PKPB di Putrajaya ditamatkan pada 6 Disember 2020.

- PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanjutkan lagi mulai 7 hingga 20 Disember 2020.

- PKPB di Negeri Sembilan ditamatkan mulai esok kecuali Seremban dan Port Dickson.

- PKPB di Johor ditamatkan mulai 6 Disember kecuali Kota Tinggi disambung mulai 7 hingga 20 Disember.

- PKPB dikuatkuasakan di tiga daerah lagi di Johor iaitu Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai juga mulai 7 hingga 20 Disember 2020.

- PKPB di Wilayah Persekutuan Labuan ditamatkan pada 6 Disember seperti mana dijadualkan.

- PKPB di Sabah dilanjutkan selama 14 hari lagi mulai 7 hingga 20 Disember.

- PKPD K Avenue, Mega City di Penampang, Sabah ditamatkan, hari ini.

- PDRM semalam telah menahan 491 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPP dan PKPB.

- Rentas negeri dan rentas daerah dibenarkan di seluruh negara tanpa kebenaran daripada pihak polis kecuali di kawasan PKPD.

- Tiada lagi had jumlah penumpang dalam kenderaan, bergantung kepada kapasiti tempat duduk.

- Kebenaran rentas negeri dan rentas daerah di seluruh negara tanpa kebenaran daripada pihak polis kecuali di kawasan PKPD adalah bermula pada Isnin, 7 Disember 2020.

Sumber: Astro Radio News

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}