Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Taktik Baru Scammer Di Malaysia Cuba Menyamar Jadi Saudara Atau Kenalan Anda

Mangsa telah memindahkan RM3,000 kepada si pemanggil yang disangka anak saudaranya sendiri
Editor
15 Nov 2019, 07:24 AM

Ada banyak cara dan taktik yang digunakan oleh scammer masa kini untuk mencuri wang anda, antaranya menyamar sebagai kenalan anda sendiri.

taktik baru scammer di malaysia cuba menyamar jadi saudara atau kenalan anda

Terbaru, satu sindiket dipercayai telah menyamar menjadi anak saudara kepada lelaki ini yang berusia 65 tahun.

Kejadian berlaku di Melaka selepas lelaki terbabit menerima satu panggilan daripada nombor tidak dikenali, menyatakan bahawa dia adalah anak saudaranya.

Dalam panggilan tersebut, si pemanggil menyatakan bahawa dia telah disaman dan memerlukan sejumlah wang untuk membayar saman terbabit.

Lelaki berusia 65 tahun yang menjadi mangsa penipuan ini pada mulanya berasa ragu-ragu kerana suara si pemanggil adalah sedikit berbeza dengan suara anak saudaranya. Namun, si pemanggil menyatakan bahawa ketika itu dia mengalami batuk yang teruk, menyebabkan suaranya berubah sedikit.

Beliau yang percaya telah memindahkan RM3,000 kepada si pemanggil yang disangka anak saudaranya itu.

Beberapa hari kemudian, lelaki terbabit menelefon anak saudaranya bagi bertanyakan wang yang dipindahkan tempoh hari, namun anak saudaranya memberitahu bahawa dia tidak pernah mempunyai telefon bimbit dan tidak pula pernah meminta pertolongan daripadanya.

Terkejut dengan kenyataan itu, mangsa cuba menelefon kembali nombor terbabit, namun malangnya beliau telah disekat daripada talian.

Satu laporan polis juga telah dibuat tidak lama kemudian kerana ditipu oleh scammer.

Terdahulu, satu kejadian scammer juga telah dilaporkan pemanggil cuba menyamar sebagai doktor di Hospital Ipoh.

Sumber: WOB

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}