Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

KKM Sahkan Tiada Produk Coklat Tercemar Akibat Bakteria Salmonella Typhirium Masuk Ke Malaysia

Dah tak risau lagi guys!
Muhammad Izwan Zainal
14 Apr 2022, 01:52 PM

Baru-baru ini, produk coklat jenama Kinder daripada kilang Ferrero Ardenes di Arlon, Belgium dilaporkan tercemar dengan bakteria Salmonella typhirium masuk ke Malaysia.

Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada sebarang sumber yang tercemar terhadap jenama coklat tersebut.

kkm sahkan tiada produk coklat tercemar akibat bakteria salmonella typhirium masuk ke malaysia

Menurut Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (KKM), Mohd Salim Dulatti, pihaknya memaklumkan perkara itu berdasarkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan (FoSIM) Malaysia dari tahun 2021 sehingga kini.

Malah, International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN) turut mengesahkan produk yang terlibat tidak dieksport ke Malaysia.

“Coklat berjenama Kinder yang memasuki negara ini kebanyakannya diimport dari Poland, Itali, Jerman, India dan beberapa negara lain.

“Bagaimanapun, KKM akan meningkatkan pemantauan terhadap produk coklat jenama Kinder di pintu masuk negara bagi memastikan produk terlibat tidak masuk ke pasaran tempatan. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya.

kkm sahkan tiada produk coklat tercemar akibat bakteria salmonella typhirium masuk ke malaysia

Tambahnya, pihaknya  menasihati pengguna agar menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan.

Terdahulu, isu ini kecoh apabila beberapa produk coklat Kinder iaitu Kinder Surprise, Kinder Mini Eggs, Kinder Surprise Maxi 100g, Kinder Schokobons dan Kinder Egg Hunt Kit dikesan tercemar dengan bakteria Salmonella typhirium.

Salmonella typhirium merupakan bakteria patogenik yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dengan simptom demam, kekejangan perut dan cirit-birit terutama di kalangan kanak-kanak.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}