Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Tindakan Segera Diambil HTJS Setelah Tular Video Tikus Berkeliaran Di Wad Kanak-Kanak

Alamak, ada tikus dalam wad kanak-kanak?
Muhammad Izwan Zainal
16 Mar 2022, 06:22 PM

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman media sosial yang jelas menunjukkan seekor tikus berkeliaran di wad kanak-kanak sebuah hospital kerajaan.

Video berdurasi enam saat dan 12 saat di laman sosial Twitter dan TikTok itu mendapat perhatian warganet yang risau akan kebersihan di kawasan wad hospital berkenaan.

tindakan segera diambil htjs setelah tular video tikus berkeliaran di wad kanak-kanak

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan serta-merta dan melakukan langkah penambahbaikan susulan insiden tersebut.

Malah, Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata pihaknya menambah kekerapan dalam jadual pembersihan dan kutipan sampah selain menitikberatkan penjagaan kebersihan di sekitar hospital khususnya di semua wad.

tindakan segera diambil htjs setelah tular video tikus berkeliaran di wad kanak-kanak

“Pihak konsesi penyelenggaraan hospital juga diarahkan mengenal pasti lokasi yang kerap didatangi tikus dan mempertingkatkan kuantiti pemasangan perangkap selain melakukan penjadualan kawalan makhluk perosak melalui aktiviti pemeriksaan rutin dan penyelenggaraan pencegahan terancang setiap hari dan bulan menggunakan kaedah bersesuaian.

“Unit Entomologi dan Pest juga turut dilibatkan dalam menjalankan siasatan dan memberi khidmat nasihat teknikal bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan kerosakan serta kawalan makhluk perosak dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya menghargai maklum balas yang diberikan orang awam tersebut insiden tersebut dan sentiasa berusaha memastikan keselesaan, kebersihan dan keselamatan orang awam yang mendapatkan rawatan di hospital adalah terjamin.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}