Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Ini Cara Tuntut Hutang Bawah RM5000 Melalui Mahkamah

Prosedur ini terhad pada jumlah hutang bawah RM5,000 sahaja. Selamat mencuba!
11 Sep 2019, 03:33 PM

Isu hutang merupakan antara perkara yang sering dibincangkan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mahu menuntut hutang masing-masing. Namun, tahukah anda ada cara yang boleh digunakan untuk menuntut hutang pada seseorang, melalui prosedur mahkamah?

ini cara tuntut hutang bawah rm5000 melalui mahkamah

Prosedur ini terhad pada jumlah hutang bawah RM5,000 sahaja.

[MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL]

Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret yang mendengar tuntutan “kecil” yakni tuntutan-tuntutan yang jumlah tuntutannya adalah tidak melebihi RM 5,000.00.

Dalam kes tuntutan kecil, pihak-pihak yang menuntut tidak diwakili Peguam sekaligus menjimatkan poket anda dari membayar kos Peguam. Walaubagaimanapun, pihak-pihak yang terlibat boleh mendapatkan nasihat dan pandangan dari Peguam di luar Mahkamah berkenaan kes masing-masing.

Antara perkara yang boleh dituntut adalah seperti berikut :-

1. Hutang
2. Sewaan 
3. Barang rosak
4. Tuntutan perkhidmatan yang tidak dibayar, dll.

PROSEDUR

1. Dapatkan Borang 198 di Mahkamah Majistret yang berdekatan. *Boleh mintak dekat Kaunter cakap nak buat tuntutan kecil free je borang ni*.

2. Borang 198 diisi dan dibuat sebanyak 4 salinan. Dalam borang tu nanti tulislah amaun tuntutan dan fakta kes yang menjadi asbab kepada tuntutan tersebut.

3. Dah siap isi Borang 198 ni hendaklah difailkan di Mahkamah sebanyak 4 salinan tersebut. Bayaran pemfailan adalah sebanyak RM20.00 sahaja.

4. Mahkamah akan cop meterai di Borang 198 tersebut serta memberikan tarikh pendengaran.

5. Tarikh pendengaran adalah tarikh dimana Mahkamah akan dengar kes tuntutan tu ye.

6. Selepas menerima Borang 198 yang telah dimeterai oleh Mahkamah, orang yang menuntut (Plaintif) hendaklah melakukan serahan kepada orang yang dituntut (Defendan). Borang 198 tadi tu kena serah pada Defendan untuk bagi dia tau kita nak menuntut hutang dari dia ni.

7. Serahan tersebut boleh dilakukan secara kediri (by hand) ataupun melalui Pos Berdaftar ke alamat terakhir Defendan yang diketahui.

8. Defendan, setelah menerima Borang 198 ni dan ingin mempertikaikan tuntutan Plaintif hendaklah memfailkan pembelaan dalam Borang 199 dalam masa 14 hari selepas menerima tuntutan dari Plaintif.

9. Pembelaan hendaklah difailkan di Mahkamah. Jika gagal, penghakiman beserta kos akan diberikan kepada Plaintif. (*Kos tidak melebihi RM 100.00 shj)

*Selesai urusan pemfailan dan serahan Borang 198 ni, maka bersiap sedialah untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh pendengaran yang telah diberikan sebelum ini.

10. Di Mahkamah, Majistret akan mengendalikan kes. Jadi bawalah semua dokumen-dokumen yang berkaitan bagi membuktikan tuntutan anda terhadap Defendan dan ceritakan segalanya terhadap Majistret.

11. Defendan juga akan diberi peluang untuk menyampaikan pembelaannya (jika ada).

12. Sekiranya Plaintif Berjaya dalam tuntutannya, maka Penghakiman akan diberikan.

13. Penghakiman selalunya akan tulis lah Defendan kena bayar Plaintif amaun yang terhutang tu dalam suatu jangka masa (14 hari kebiasaannya).

14. Penghakiman hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret. Bayaran pemfailan adalah RM 20.00 sahaja.

BAGAIMANA JIKA DEFENDAN BERKENAAN MASIH ENGGAN BUAT PEMBAYARAN?

15. Plaintif boleh pergi balik ke Mahkamah dan isi Borang 208 (Notis Tunjuk Sebab). Borang ni juga berharga RM 20.00.

16. Borang 208 yang telah dicop oleh Mahkamah hendaklah diserahkan kepada Defendan.

17. Defendan setelah menerima Borang 208 hendaklah hadir ke Mahkamah bagi membolehkan Mahkamah untuk menilai keupayaan Defendan untuk membayar hutang.

18. Setelah dinilai, Mahkamah boleh keluarkan arahan supaya barangan milik Defendan disita & dijual. Mahkamah juga mungkin mengeluarkan arahan untuk Defendan membayar hutang secara ansuran kepada Plaintif sehingga selesai.

19. Mahkamah juga boleh mengeluarkan arahan supaya Defendan dimasukkan ke “dalam”. Namun, segala kos di “dalam” hendaklah ditanggung oleh Plaintif.

20. Waran tangkap akan dikeluarkan jika Defendan tidak hadir selepas Borang 208 dikeluarkan.

*SELAMAT MENCUBA*

Ref : Aturan 93, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [Tatacara Tuntutan Kecil]

*Borang 198 boleh download Kat Google*

Sumber: Ashraf Sohaimi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}