Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Ujian Vaksin COVID-19 Ambil Masa Enam Bulan Lagi Untuk Pastikan Ia Selamat

Jika fasa pertama gagal (vaksin tidak selamat kepada manusia), maka fasa kedua tidak boleh dilakukan.
Editor
01 Apr 2020, 11:55 AM

Saintis dan pengkaji kini sedang membangunkan vaksin COVID-19 dan ia kini masih berada pada peringkat pertama daripada empat fasa ujian klinikal ke atas manusia.

ujian vaksin covid-19 ambil masa enam bulan lagi untuk pastikan ia selamat

Menurut Pakar Epidemiologi dan Setiausaha Agung Akademi Sains Malaysia, Datuk Prof. Dr Awg Mahmud, dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang, banyak syarikat akan berlumba-lumba menghasilkan vaksin berkenaan.

"Fasa pertama membabitkan ujian klinikal ke atas manusia yang mengambil masa antara tiga hingga enam bulan bagi memastikan vaksin itu selamat.

"Banyak syarikat seluruh dunia sedang melakukan ujian ini dan sebagai satu pandemik, sudah pasti negara yang mempunyai kepentingan akan melabur besar dalam pembangunan vaksin COVID-19.

"Sekiranya berjaya, ia akan memberi nilai komersial kepada syarikat terbabit bagi meraih pulangan lumayan," katanya.

Untuk permulaan ini, Amerika Syarikat sudah memulakan ujian klinikal dengan menyuntik vaksin percubaan ke atas manusia bermula April.

ujian vaksin covid-19 ambil masa enam bulan lagi untuk pastikan ia selamat

Pembangunan vaksin COVID-19 ini akan mengambil tiga ke enam bulan untuk fasa kedua bagi melihat tindakbalas vaksin itu kepada daya ketahanan badan dalam melawan virus berkenaan.

"Jika fasa pertama gagal (vaksin tidak selamat kepada manusia), maka fasa kedua tidak boleh dilakukan.

"Fasa ketiga pula akan melibatkan banyak ujian klinikal di pelbagai pusat setiap negara dengan mengambil kira faktor umur dan bangsa.

“Sesuatu vaksin hanya boleh memohon kelulusan pihak berkuasa yang mengawal selia ubat-ubatan setelah melepasi fasa ketiga iaitu terbukti selamat dan berkesan digunakan," katanya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}