Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Kes Kian Meningkat, Varian Delta COVID-19 Kini Dominan Di Sarawak

Varian Delta menjadi salah satu faktor kes peningkatan COVID-19 di negeri itu.
Muhammad Izwan Zainal
14 Sep 2021, 11:51 AM

Varian Delta COVID-19 kini merupakan varian dominan di Sarawak apabila 303 kes dikesan daripada 307 kes yang menjalani penjujukan genom setakat 31 Ogos lepas.

kes kian meningkat, varian delta covid-19 kini dominan di sarawak

Menurut Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr David Perera berkata, kes dengan varian membimbangkan (VOC) itu meliputi 99 peratus daripada kes yang menjalani penjujukan genom oleh IHCM.

“Ini menunjukkan peningkatan daripada 82 peratus dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos lalu.

“Menerusi data itu, jelas menunjukkan varian Delta adalah varian dominan di Sarawak,” katanya dalam laporan terbaru beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah pada Isnin.

kes kian meningkat, varian delta covid-19 kini dominan di sarawak

Tambahnya, kesemua sampel yang diperoleh institut itu daripada kes-kes di Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah dan Limbang, selain kes import A (warga asing yang masuk ke Sarawak) adalah positif varian tersebut.

Malah, kes dari Bahagian Sibu dan Kapit mencatatkan 97 peratus (dengan varian Delta) sementara Bahagian Bintulu mencatat kadar pengesanan 98 peratus.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}