Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Saintis Kesan Virus Baru Di China, Ada Potensi Jadi Pandemik

Ia berikutan terdapat kes dua individu dilapor dijangkiti virus tersebut baru-baru ini.
Editor
30 Jun 2020, 03:53 PM

Sekumpulan saintis di China dilapor berjaya mengesan virus baru yang juga berpotensi menjadi pandemik.

saintis kesan virus baru di china, ada potensi jadi pandemik

Ia berikutan terdapat kes dua individu dilapor dijangkiti virus tersebut baru-baru ini.

Dikenali sebagai G4 EA H1N1, virus ini adalah mirip kepada selesema H1N1 yang pernah juga melanda dunia pada tahun 2009 lalu.

Menurut Jurnal PNAS, vaksin influenza sedia ada tidak pula merangkumi virus G4 EA H1N1 dan manusia tidak mempunyai kekebalan terhadap virus baru ini.

"Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak.

"Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.

"Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut," tulis artikel itu seperti yang dilaporkan Awani.

Setakat ini juga, 35 daripada 338 pekerja di ladang ternakan babi itu diuji dan mempunyai antibodi untuk virus tersebut dan saintis memberi amaran virus ini perlu diberikan perhatian kerana tidak diketahui tahap bahaya sama ada ia boleh merebak seperti COVID-19 atau sebaliknya.

Sebelum ini, seorang lelaki dilaporkan maut di China selepas dijangkiti virus yang dikenali sebagai ‘hantavirus’, kesan daripada jangkitan tikus kepada manusia.

satu lagi jenis penyakit berjangkit, lelaki di china mati akibat hantavirus

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}