Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita sukan

← Back to list

Harimau Muda Negara berdepan Vietnam malam ini!

Apr 20, 2024


Kami akan pamer permainan lebih positif. 

Itu kata-kata pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Juan Torres Garrido menjelang aksi Piala Asia berdepan Vietnam malam ini. 

Jelasnya ia bagi meningkatkan peluang untuk Malaysia mara ke peringkat seterusnya. 

Terdahulu, skuad muda negara pamer corak permainan bertahan ketika tewas 0-2 kepada kepada Uzbekistan pada aksi pertama. 

Sementara itu, FAM harapkan kebangkitan daripada skuad Bawah 23 tahun negara pada 2 aksi terakhir saingan Piala Asia.  

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya memberi sokongan penuh kepada skuad muda negara untuk catat keputusan positif apabila berdepan Vietnam malam ini.  

Saksikan Malaysia berdepan Vietnam secara langsung jam 9 malam ini di Astro, saluran 803. 

--- 

Erling Haaland mungkin tidak akan diturunkan pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris berdepan Chelsea tengah malam ini. 

Penyerang itu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada aksi timbal balik Liga Juara-Juara yang menyaksikan Manchester City tewas 4-3 kepada Real Madrid menerusi penentuan sepakan penalti. 

Saksikan Manchester City berdepan Chelsea secara langsung jam 12:15 pagi di Astro, saluran 

814. 

--- 

Mikel Arteta mahu anak buahnya bangkit pada aksi EPL berdepan Wolves. 

Ini selepas Arsenal tersingkir pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara kepada Bayern Munich baru-baru ini. 

The Gunners duduki tangga kedua liga dan masih berpeluang merebut kejuaraan EPL musim ini. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi