← Back to list
Wakil Malaysia produktif di Terbuka Thailand
Jan 21, 2021
Wakil Malaysia produktif di Terbuka Thailand
Foto - Badminton Skor
Hari yang produktif buat wakil negara pada kejohanan badminton Terbuka Thailand apabila tujuh daripadanya mara ke peringkat suku akhir.
Antara yang berjaya meloloskan diri ialah perseorangan lelaki, Liew Daren, beregu Goh V Shem/Tan Wee Kion dan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying.
Sehingga laporan ini ditulis hanya beregu campuran, Goh Soon Huat/Shevon Lai gagal meneruskan kemaraan, tewas kepada pasangan tuan rumah.
-----
Ahmad Faizal tinggalkan PAFA
Foto - Utusan
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkuat kuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan krisis kewangan PAFA dapat diselesaikan secepat mungkin memandangkan beliau bukan lagi menteri besar.
Timbalan Presiden PAFA yang juga pengurus skuad The Bos Gaurus, Datuk Adly Shah Ahmad Tah turut mengumumkan peletakan jawatannya.
-----
Perak FC sedia lepas pemain untuk Harimau Malaya
Foto - The Vibes
Perak FC tiada masalah melepaskan pemainnya untuk sertai kem latihan pusat skuad kebangsaan dalam persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah yakin sebarang keputusan yang dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah berpandu kepada kajian menyeluruh dengan mengambil kira pandangan pihak berwajib.
Malah katanya, panggilan mewakili skuad negara juga memberi ruang kepada pemain Perak untuk berlatih bersama pemain pasukan lain agar dapat bersaing dengan lebih baik pada Liga Malaysia 2021.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi