Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Operasi Pembersihan Kawasan Nahas Pesawat Di Elmina Selesai.

Aug 22, 2023


operasi pembersihan kawasan nahas pesawat di elmina selesai.

Operasi Pembersihan Kawasan Nahas Pesawat Di Elmina Selesai.

Operasi bawa keluar bangkai dan serpihan pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam telah selesai.

Polis Selangor memaklumkan, lokasi nahas telah dikosongkan dan kawalan di lokasi nahas juga dihentikan.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan memaklumkan laporan awal siasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 mangsa itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Antara yang terkorban adalah EXCO Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dan 2 orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Ketika insiden, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan hanya beberapa minit sebelum mendarat.

Dalam perkembangan berkaitan, SPR akan adakan mesyuarat khas Khamis ini bagi bincang tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Pelangai, Pahang.

Ia berikutan kekosongan luar jangka susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari dalam nahas pesawat ringan terhempas, Khamis lalu.

 

Persiapan Hari Kebangsaan lancar.

Persiapan bagi kemuncak sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini berjalan baik.

Kementerian Komunikasi turut berharap semua negeri guna tema dan logo sambutan sama seperti kerajaan Persekutuan.

KKD juga telah terima respons beberapa MB yang menyatakan kesediaan untuk guna logo dan tema sambutan yang sama di peringkat negeri.

Sabtu lepas, Ketua Pemuda Perikatan Nasional mencadangkan supaya 4 kerajaan negeri yang berada di bawah pentadbiran PN guna logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza.

 

 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca