Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Berita Baik Menanti Rakyat?

Dec 05, 2023


Kerajaan dijangka umum beberapa berita gembira kepada penjawat awam dan pesara tahun depan antaranya berkaitan kenaikan gaji. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia akan turut melibatkan pekerja-pekerja di sektor swasta. 

Tambah beliau keputusan terbabit dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara tahun depan. 

---  

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sahkan semua calon SPM negeri itu boleh jalani peperiksaan amali yang bermula hari ini. 

Ujar Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Mohd Zamri Abd Aziz, pihak sekolah telah pun melakukan persediaan secukupnya untuk berdepan masalah banjir. 

Ujian Amali Sains bagi peperiksaan SPM melibatkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan bermula hari ini sehingga Khamis. 

---  

Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat dan terkini lebih 6,000 penduduk di Pasir Mas dan Tanah Merah berlindung di PPS.  

Di Padang Terap, Kedah pula, terdapat kira-kira 30 mangsa bencana alam itu.  

---  

Polis Selangor tahan seorang lelaki warga asing ekoran penemuan mayat seorang wanita yang ditanam dan disimen di sebuah rumah di Klang. 

---  

Tiada lagi tempat untuk penduduk Gaza melarikan diri selepas askar Israel meningkatkan serangan di selatan wilayah Palestin itu yang didakwa kawasan selamat. 

Menurut PBB, lebih 15,000 rakyat Palestin telah terkorban dengan 10,000 daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca