Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

eMadani Akan Diteruskan

Dec 06, 2023


Kerajaan akan meneruskan inisiatif eMadani bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu dilihat lebih berkesan dalam menangani masalah tersebut berbanding subsidi. 

Bermula kelmarin orang ramai yang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan bawah RM100,000 boleh mula tebus kredit e-tunai eMADANI 100 ringgit. 

Datuk Seri Anwar turut memaklumkan kerajaan berhasrat perluas inisiatif Payung Rahmah dan meningkatkan jumlah Sumbangan Tunai Rahmah.  

Beliau berkata demikian dalam satu Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani yang disiarkan sebuah stesen tv swasta. 

---  

Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas banjir boleh mohon tangguh bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 3 bulan. 

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, penangguhan pinjaman melibatkan Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

---  

Sementara itu jumlah mangsa banjir di Kelantan turun sedikit kepada kira-kira 3,200 dengan 2 jajahan iaitu Pasir Mas dan Tanah Merah masih terjejas.  

---  

Seorang peniaga maut ditikam 2 penyerang dalam satu kes rompakan di parkir sebuah pangsapuri di Georgetown, Pulau Pinang.  

---  

Seorang pekerja ladang maut dipercayai diserang seekor gajah liar di Gua Musang, Kelantan.  

---  

Secara purata setiap 10 minit seorang kanak-kanak di Gaza terbunuh dalam serangan yang dilakukan rejim Israel. 

WHO dalam sidang media terbarunya juga mengambarkan situasi di wilayah Palestin itu sebagai ‘masa yang paling gelap buat umat manusia'. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca