Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Jangan Ambil Tindakan Sendiri

Mar 31, 2024


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak ambil tindakan sendiri. 

Ia susulan insiden lempar bom petrol di sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di Kuantan semalam.  

Ujar Datuk Seri Anwar, orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku.  

Sebelum ini sebuah cawangan KK Mart di Bidor, Perak turut alami nasib serupa. 

Semalam Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, polis akan kerah seluruh kekuatan bagi mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam di Malaysia susulan insiden tersebut. 

Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Sarawak, Perdana Menteri berkata isu berbangkit boleh dibincang dengan baik. 

Sementara itu hari ini merupakan hari terakhir untuk rakyat Malaysia kemas kini data dan pendaftaran PADU.  

Setakat ini, lebih 10 juta daripada lebih 30 juta rakyat sudah berbuat demikian.  

Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU iaitu hampir 1.5 juta orang disusuli Johor sejuta dan Sarawak lebih 800,000.  

--- 

Polis akan ambil tindakan terhadap beberapa lagi individu yang dikaitkan dengan penahanan seorang lelaki warga Israel.  

Menurut Kementerian Dalam Negeri, PDRM sudah kenal pasti beberapa nama untuk tindakan mereka. 

Baru-baru ini, seorang lelaki warga Israel ditahan polis bersama 6 pucuk pistol dan 200 peluru hidup di sebuah hotel di KL.  

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pertahanan bersedia bekerjasama dengan PDRM untuk mendapatkan maklumat dan menyelesaikan kes tersebut.  

--- 

Polis Selangor akan siasat kemungkinan wujud elemen jenayah berhubung penemuan bagasi berisi duit setengah juta ringgit di parkir sebuah beli-belah di Damansara minggu lalu.  

Buat masa ini polis masih beri masa kepada lelaki yang mendakwa wang itu milik syarikatnya untuk tampil dan beri keterangan. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca