Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)


Lain-lain

Tarikh : 16 Nov 2020 -30 Jun 2021
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Seluruh Semenanjung Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 16 November 2020 sehingga 30 Jun 2021
Individu Untuk Dihubungi : Mohamad Khusaini bin Abdul Manan
Nombor Telefon : 03 88868451
Email : pro@moha.gov.my
Laman Web: www.moha.gov.my
Harga Tiket : Tiada

Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk; - Mengekang penularan Covid-19 melalui pengurangan PATI dalam Negara, - Menggerakkan semula ekonomi melalui penyaluran tenaga kerja kepada sektor yang berintensifkan buruh yang kritikal - Memantapkan pendataan berkaitan maklumat PATI di Malaysia. Ia terbahagi kepada 2 komponen iaitu Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan melibatkan Empat sektor sahaja iaitu; -Sektor pembinaan -Sektor perkilangan -Sektor perladangan -Sektor pertanian Pelan ini bermula pada 16 November 2020 sehingga 30 Jun 2021 dan hanya melibatkan majikan dan PATI di SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Semua pihak majikan dan pekerja asing yang berkenan boleh menyertai pelan ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sistem Pertanyaan Online Jabatan Imigresen Malaysia di http://eapp.imi.gov.my/spo dan emel maklumat kepada rekalibrasi@imi.gov.my Untuk maklumat berkaitan Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja boleh hubungi Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM) di talian 03 88865192 atau emel ke eppaxteam@mohr.gov.my

PERKHIDMATAN U-PUSTAKA


Pesanan Khidmat Masyarakat

Tarikh : 13 Jan 2021 -31 Dec 2021
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : www.u-pustaka.gov.my
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : NORHASLIZA MD SALLEH
Nombor Telefon : 0326871876
Email : bkk@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan perkhidmatan perpustakaan di hujung jari dengan 52.9 juta bahan bacaan digital kepada seluruh warga Malaysia. Keahlian percuma. Untuk maklumat lanjut layari www.u-pustaka.gov.my.

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SENI BUDAYA DAN NILAI - NILAI MURNI


Pendidikan

Tarikh : 04 May 2021 -30 Sep 2021
Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Lokasi : Dalam Talian
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Individu Untuk Dihubungi : Nurazlin Binti Mazene
Nombor Telefon : 03-26148200
Email : nurazlin@jkkn.gov.my
Laman Web: www.jkkn.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Anda seorang yang kreatif dan berbakat dalam menghasilkan video pendek? Jom serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan Video Pendek Seni Budaya & Nilai – Nilai Murni anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia. Pertandingan ini akan berlangsung selama lima bulan bermula Mei 2021 hingga setember 2021 mengikut tema yang ditetapkan. Anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM 3000 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut layari www.jkkn.gov.my atau hubungi talian 03 – 2614 8200

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SENI BUDAYA DAN NILAI - NILAI MURNI


Pendidikan

Tarikh : 06 May 2021 -30 Sep 2021
Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Lokasi : Dalam Talian
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : NURAZLIN BINTI MAZENE
Nombor Telefon : 03 26148200
Email : nurazlin86@jkkn.gov.my
Laman Web: www.jkkn.gov.my
Harga Tiket : PERCUMA

Anda seorang yang kreatif dan berbakat dalam menghasilkan video pendek? Jom serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan Video Pendek Seni Budaya & Nilai – Nilai Murni anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia. Pertandingan ini akan berlangsung selama lima bulan bermula Mei 2021 hingga setember 2021 mengikut tema yang ditetapkan. Anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM 3000 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut layari www.jkkn.gov.my atau hubungi talian 03 – 2614 8200.

SUKARELAWAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA


Pesanan Khidmat Masyarakat

Tarikh : 10 May 2021 -31 Dec 2021
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 am - 10.00 pm
Individu Untuk Dihubungi : NORHASLIZA MD SALLEH
Nombor Telefon : 0326871876
Email : bkk@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Anda pencinta ilmu? Anda suka terlibat aktiviti sukarelawan dan ingin menyumbang bakti? Jom jadi SUKARELAWAN Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program yang dapat mendekatkan anda dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan mendidik minda ke arah pembelajaran sepanjang hayat. Pelbagai insentif menarik menanti. Untuk sertai sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat PNM di talian 03-2687 1763 atau e-mel ke bkkpnm@gmail.com. Maklumat lanjut, layari www.pnm.gov.my dan media sosial Perpustakaan Negara Malaysia.

Seminar Solusi Mendepani Cabaran PDPR


Seminar

Tarikh : 06 Jun 2021
Hari : Ahad
Lokasi : FB LIVE MTSFAZ
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Individu Untuk Dihubungi : Muhamad Badrul Hadis
Nombor Telefon : -0162154015
Email : -mtsfaz@gmail.com
Laman Web: mtsfaz.edu.my
Harga Tiket : Percuma

Pandemik COVID19 yang tiada penghujung memaksa PDPR menjadi pilihan utama kepada kelangsungan pembelajaran kini. Namun, sejauh manakah perlaksanaan PDPR ini berkesan? Apakah cabaran2 serta solusi kpd kekangan ini bagi pelajar, ibu bapa dan guru-guru? Ayuh ikuti kupasan ini dalam Seminar Solusi Mendepani Cabaran PDPR yang akan diadakan PERCUMA secara live di FB dan youtube Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) pada 6 Jun 2021 bermula jam 9-11 pagi. Daftarkan kehadiran anda sekarang di no 𝟬𝟭𝟵𝟲𝟲𝟲𝟲𝟭𝟭𝟰 atau layari facebook MTSFAZ untuk makluman lanjut daripada penganjur.

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SENI BUDAYA & NILAI MURNI BERTEMAKAN ADAB


Seni & Hiburan

Tarikh : 09 Jun 2021 -30 Jun 2021
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Dalam Talian
Target Penonton : Umum
Masa : Tiada
Individu Untuk Dihubungi : Nurazlin Binti Mazene
Nombor Telefon : 03-26148200
Email : nurazlin@jkkn.gov.my
Laman Web: www.jkkn.gov.my
Harga Tiket : Tiada

Jom sertai Pertandingan Video Pendek Seni Budaya & Nilai-nilai Murni bagi bulan JUN 2021 dengan tema 'ADAB' . Anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3000. Klik pautan ini untuk ke Google Form bagi mengisi Borang Penyertaan: https://forms.gle/Db6m81yy4CboRUQUA Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Urus Setia pertandingan di talian 03-2614 8200.

Webinar “Benarkah DNA Tersimpan Semua Jawapan?”


Pendidikan

Tarikh : 09 Jun 2021
Hari : Rabu
Lokasi : Online (WEBEX)
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Individu Untuk Dihubungi : Dr Marjanu Hikmah Elias
Nombor Telefon : -
Email : marjanuhikmah@usim.edu.my
Laman Web: https://tinyurl.com/webinarDNA
Harga Tiket : Percuma

Anjuran Malaysian Society of Human Genetics dan Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia. Adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan genetik dan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam bidang genetik. Pendaftaran melalui link https://tinyurl.com/webinarDNA

BENGKEL PENATARAN TULISAN JAWI SIRI 2/2021 - PENGGUNAAN KATA TERBITAN DALAM TULISAN JAWI 11 JUN 2021 (JUMAAT)


Seni & Hiburan

Tarikh : 11 Jun 2021
Hari : Jumaat
Lokasi : YouTube Live Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Individu Untuk Dihubungi : NORHASLIZA MD SALLEH
Nombor Telefon : 03-26871876
Email : norhasliza_m@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Jom sertai Bengkel Penataran Tulisan Jawi Siri 2/2021 dengan Tajuk “Penggunaan Kata Terbitan Dalam Tulisan Jawi” anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Ikuti secara langsung pada 11 Jun 21 (Jumaat) pukul 3.00 petang menerusi saluran PNM TV Channel. Penyertaan percuma dan e-Sijil akan diberikan kepada para peserta Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi Perpustakaan Negara Malaysia di http://www.pnm.gov.my

PROGRAM KALAM KARYAWAN: DARI KERTAS CATATAN TENGAH MALAM – BAHA ZAIN 14 JUN 2021 (ISNIN)


Pendidikan

Tarikh : 14 Jun 2021
Hari : Isnin
Lokasi : YouTube Live Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 10 pagi - 12.00 tengah hari
Individu Untuk Dihubungi : NORHASLIZA MD SALLEH
Nombor Telefon : 03-26871876
Email : norhasliza_m@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan program Kalam Karyawan: Dari Kertas Catatan Tengah Malam oleh YBhg. Datuk Dr. Baharuddin Zainal atau Baha Zain, Tokoh Sasterawan Negara ke-12. Program ini memberi fokus kepada keunikan dan keistimewaan hasil karya tokoh ilmuwan dan budayawan khususnya mereka yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Sasterawan Negara. Jangan lupa ya. Sertai kami pada 14 Jun 2021 (Isnin) pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di YouTube Live PNM TV Channel. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.

WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL.2/2021 “SEKSOLOGI: ILMU PERKASIHAN MELAYU” 15 JUN 2021 (SELASA)


Seminar

Tarikh : 15 Jun 2021
Hari : Selasa
Lokasi : YouTube Live Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : 18 Tahun ke atas
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Individu Untuk Dihubungi : NORHASLIZA MD SALLEH
Nombor Telefon : PERPUSTAKAAN NEGARA MALASIA
Email : norhasliza_m@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan program Wacana Manuskrip Melayu Bil.2/2021 dengan tajuk "Seksologi: Ilmu Perkasihan Melayu" pada 15 Jun 2021 (Selasa), pukul 10.00 pagi - 1.00 tengah hari. Program ini akan membicarakan topik memgenai petua dan rahsia yang orang dulu-dulu amalkan sebagai PKP - pengerat kasih pasangan. Anda dijemput untuk menyaksikan dan menyokong program ini secara langsung menerusi platform YouTube Live PNM TV Channel di pautan https://youtu.be/DxnbAtQMToc dan di Google Meet https://meet.google.com/pyf-twvy-nxq Maklumat lanjut layari www.pnm.gov.my dan media sosial Perpustakaan Negara Malaysia.

Bantuan Insentif Penggiat Industri Pelancongan Negeri Johor


Lain-lain

Tarikh : 15 Jun 2021 -30 Jun 2021
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Negeri Johor
Target Penonton : Umum
Masa : Terbuka
Individu Untuk Dihubungi : Mardhiah Jaafar
Nombor Telefon : 072249960
Email : Johortourism@johor.gov.my
Laman Web: Tourism Johor
Harga Tiket : Percuma

Penularan wabak Covid-19 telah memberi impak dan kesan langsung terhadap pertumbuhan ekonomi termasuk sektor pelancongan secara global. Sejajar dgn pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan 3.0 bagi sektor pelancongan oleh YAB Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor mengambil inisiatif membantu golongan yg terjejas spt pemandu pelancong,agensi pelancongan,hotel bajet & homestay.Penggiat industri pelancongan yg berkaitan dan berkelayakan boleh memohon insentif yg dibuka secara online bermula pd 15-30 Jun 2021 di pautan johortourism.org. Maklumat lanjut,boleh layari laman FB Tourism Johor.

PERTANDINGAN BATTLE OF THE BANDS 'TAK NAK RASUAH'


Seni & Hiburan

Tarikh : 15 Jun 2021 -15 Aug 2021
Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Lokasi : Dalam Talian
Target Penonton : Umum
Masa : Tiada
Individu Untuk Dihubungi : NURAZLIN MAZENE
Nombor Telefon : 03-26148200
Email : nurazlin@jkkn.gov.my
Laman Web: www.jkkn.gov.my
Harga Tiket : PERCUMA

Anda seorang yang kreatif dalam mencipta lagu ? Jom serlahkan bakat anda dengan menyertai pertandingan Battle Of The Bands ‘Tak Nak Rasuah’ anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan menangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM10, 000. Hantarkan rakaman video anda sebelum 15 Ogos 2021. Maklumat lanjut layari www.jkkn.gov.my atau hubungi talian 013-280 2882.

Webinar Pendidikan Inklusif : Perspektif Pelajar Berkeperluan Khas


Seminar

Tarikh : 19 Jun 2021
Hari : Sabtu
Lokasi : Secara Webinar, ZOOM
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Individu Untuk Dihubungi : FATIN NAZIRAH BINTI AZAHARI
Nombor Telefon : 03-9145 5888
Email : kjjkm@ppukm.ukm.edu.my
Laman Web: https://www.ukm.my/jkmfper/news/webinar-pendidikan-inklusif-perspektif-pelajar-berkeperluan-khas/
Harga Tiket : Percuma

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan UKM dan penganjur bersama Unit Perkhidmatan & Sokongan OKU UKM akan menganjurkan webinar Jom - Borak Siswa bertajuk “Pendidikan Inklusif: Perspektif Pelajar Berkeperluan Khas” yang akan diadakan secara atas talian di pautan Zoom dan FB live. Tajuk Webinar: “Pendidikan Inklusif:Perspektif Pelajar Berkeperluan Khas” Para peserta boleh menghadiri webinar ini melalui platform Zoom dengan menggunakan link: https://zoom.us/j/94864305791 Meeting ID: 948 6430 5791 Passcode: 148738 Atau melalui FB Live 1.FB UKM Khidmat Masyarakat (https://www.facebook.com/UKMKhidmatMasyarakat/live/) 2.FB UKM Buletin Inspirasi (https://www.facebook.com/UKMBuletinInspirasi) 3.FB Unit Perkhidmatan & Sokongan OKU UKM (https://m.facebook.com/Unit-Perkhidmatan-Sokongan-OKU-UKM-112534620931880/)

IUKL Workshop: A Day in the life of an Architect


Pendidikan

Tarikh : 19 Jun 2021
Hari : Sabtu
Lokasi : Online (Google Meet)
Target Penonton : 18 Tahun ke atas
Masa : 10.30AM - 12PM
Individu Untuk Dihubungi : Emily Goh
Nombor Telefon : -
Email : emily.goh@nuffnang.com
Laman Web: https://iukl.edu.my/
Harga Tiket : Percuma

IUKL is having a FREE workshop for pre-U students who are interested to learn more about Architecture! We will have 3 panel speakers who are experienced architects to share their personal experience and insights about their life as an architect. They also share the skills needed for a successful career in this industry.

BICARA PENERBIT MALAYSIA 2021- “SISTEM DEPOSITORI : LAMBANG PENGUKUHAN KHAZANAH INTELEK NEGARA” 29 JUN 2021 (SELASA)


Seminar

Tarikh : 29 Jun 2021
Hari : Selasa
Lokasi : YouTube Live Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi - 1.30 tengah hari
Individu Untuk Dihubungi : NORHASLIZA MD SALLEH
Nombor Telefon : 03-26871876
Email : norhasliza_m@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Anda mempunyai persoalan dan kekeliruan berkaitan Sistem Depositori dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)? Bagaimana anda boleh memohon ISBN/ISSN dan PdP serta melakukan serahan bahan digital dengan selamat, mudah dan pantas? Sertai kami dalam Program Bicara Penerbit Malaysia 2021 yang bertemakan “Sistem Depositori : Lambang Pengukuhan Khazanah Intelek Negara” diadakan pada 29 Jun 2021 (Selasa) pukul 9.00 pagi menerusi saluran PNM TV Channel. Penyertaan PERCUMA. Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi Perpustakaan Negara Malaysia di www.pnm.gov.my

GLU Career Forum 2021 : Reshaping Mindset and Skills For Future Proof Career


Seminar

Tarikh : 30 Jun 2021
Hari : Rabu
Lokasi : Facebook live
Target Penonton : Umum
Masa : 3.00 Petang - 4.30 Petang
Individu Untuk Dihubungi : Mohamad Haziq Bin Mohd Khairi
Nombor Telefon : 0183979213
Email : haziq_17008022@utp.edu.my
Laman Web: -
Harga Tiket : PERCUMA

Adakah anda graduan baharu dan pelajar yang risau untuk mendapatkan peluang pekerjaan di musim Pandemik ini? Ingin mengetahui cara dan teknik yang betul dalam mencari pekerjaan? Usah risau lagi. Ayuh sertai kami di “GLU Career Forum” dimana kami akan mengulas isu-isu penting bagi membantu anda untuk meningkatkan peluang memperoleh kerjaya impian anda. Universiti Teknologi PETRONAS dengan kerjasama antara ‘Government Linked University” telah menyediakan platform ini bertujuaan untuk anda mengetahui trend pekerjaan di musim pandemik dan juga bagi membuka ruang untuk anda menghadapi dunia pekerjaan. Anda juga berpeluang untuk berkongsikan resume anda di penghujung forum. Apa tunggu lagi! Daftarlah menerusi pautan tertera; https://forms.gle/Rr9CKfMzBEGL6n3S8 atau hubungi 0183979213. Jumpa anda disana!

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03-9543 8888 atau lawati era.syok.my

Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara, sila e-mel kepada kami di helloera@astro.com.my atau faksimili di talian 03-9543 5675.

Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.