Skip to main content
Waspada Cuaca Panas

 

Waspada Cuaca Panas

Orang ramai dinasihatkan ambil langkah berjaga-jaga susulan cuaca panas di beberapa negeri ketika ini.

Pensyarah Kanan Institut Perubahan Iklim UKM beritahu Harian Metro, ia termasuk mengehadkan aktiviti luar dan memastikan pengambilan air mencukupi untuk kekal hidrasi.

Jelasnya, Malaysia kini berada di penghujung Monsun Timur Laut iaitu fasa peralihan yang menandakan pengurangan hujan di Semenanjung. 

Ia turut menyebabkan peningkatan suhu hingga mencetuskan fenomena gelombang haba di beberapa kawasan.

Sementara itu, 14 kawasan di Semenanjung di Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang alami cuaca panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius. 

Padang Terap di Kedah pula merekodkan Gelombang Haba dengan suhu maksimum harian 37 sehingga 40 darjah Celsius. 

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan berkata, sehingga tahun ini, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan, termasuk 1 kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak.

ERA Muzik Hit Terkini