Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Altimet Muncul Dengan Single Terbaru Bersama Zizi Kirana

'Pendekar Pena' merupakan single kedua yang dilancarkan Altimet untuk album terakhir
Hanim
04 Mar 2019, 04:58 PM

4 MAC 2019, Kuala Lumpur - Selepas mengukir kejayaan menerusi konsert terakhir beliau iaitu 'The Last Altimet Show' yang dihadiri lebih dari 4000 penonton pada Februari lalu, penyanyi rap terkenal tempatan, Altimet bakal muncul dengan single terbaru berduet bersama penyanyi sensasi Zizi Kirana yang berjudul 'Pendekar Pena'.

 'Pendekar Pena' merupakan single kedua yang dilancarkan Altimet untuk album terakhir beliau 'O' yang telah dipasarkan sejak Disember tahun lalu. Antara komposer yang terlibat di sebalik pembikinan lagu ini ialah DJ Biggie, Faliq Auri, Kidd Santhe, Adeep dan Altimet sendiri.

altimet muncul dengan single terbaru bersama zizi kirana

 Berbicara mengenai kisah di sebalik lagu ini yang mempunyai maksud dan bahasa yang mendalam, kata Altimet, lagu ini adalah berkisarkan tentang seorang Rapper. 

 "Lagu 'Pendekar Pena' mengisahkan tentang seseorang yang suka 'menunjuk' kemampuan yang ada pada diri mereka. Rapper biasanya akan bercakap tentang betapa bagusnya diri mereka ketika menyanyikan bait-bait kata lirik lagu rap. Jadi ia merupakan satu kemestian bagi saya untuk menghasilkan lagu ini. Tetapi saya lakukan dalam prosa Melayu klasik sebagai 'twist'", jelas Altimet. 

 Pemilihan penyanyi dan rapper sensasi, Zizi Kirana sebagai rakan duet pula adalah kerana beliau sudah lama mengenali penyanyi itu. 

altimet muncul dengan single terbaru bersama zizi kirana

 "Zizi dapat menyanyikan lagu asli dengan baik. Pada masa yang sama dia juga turut dikenali sebagai seorang rapper wanita. Jadi pada saya Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini", ujarnya. 

Manakala video lirik rasmi ‘Pendekar Pena’ yang membawa konsep klasik dan menggunakan font klasik ini arahan Abidin Azizi dan Hafiz Mohtar daripada Schizomotion Media and Art dan terbitan oleh Warner Music Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut sila layari www.altimet.com.my

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}