Skip to main content

Advertisement

Submitted by shazrein-natas… on
Peraduan ERA 2026 : THE GRAND SLAM UNPLUGGED 2

ERA bawakan anda peluang eksklusif untuk menyaksikan THE GRAND SLAM UNPLUGGED 2, sebuah konsert istimewa yang bakal menghidupkan semula nostalgia dan magis muzik kumpulan legenda tanah air, Slam.

Bersedia untuk satu malam yang penuh dengan lagu-lagu malar segar, persembahan akustik yang lebih intim dan momen yang pasti membawa anda mengimbau kenangan bersama karya-karya yang telah mewarnai industri muzik tempatan selama lebih tiga dekad.

Konsert ini bukan sekadar mengembalikan kenangan silam, malah menjanjikan pengalaman baharu yang akan menyatukan peminat daripada pelbagai generasi dalam satu malam yang cukup istimewa.

Kalau anda peminat setia Slam, jangan lepaskan peluang ini!

Sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket dan jadilah antara yang bertuah untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh nostalgia bersama kumpulan legenda ini.
 

Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam

 
 



 

Solve this simple math problem and enter the result. E.g. for 1+3, enter 4.

Advertisement

ERA Muzik Hit Terkini