T-ARA FAN-CON IN MALAYSIA 2026 [Summer Again] bakal mengubat kerinduan peminat apabila kumpulan K-pop legenda generasi kedua itu kembali menemui peminat Malaysia pada 9 Ogos 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Fan-con ini akan menampilkan empat ahli iaitu Qri, Eunjung, Hyomin dan Jiyeon, dengan gabungan persembahan lagu-lagu hit ikonik, sesi interaksi eksklusif bersama peminat serta pelbagai manfaat istimewa mengikut kategori tiket. Acara ini dijangka menjadi pertemuan yang penuh nostalgia buat peminat yang ingin mengimbau era kegemilangan T-ARA sambil meraikan perjalanan muzik mereka yang masih mendapat sambutan hingga kini.
Sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket dan jadilah antara yang bertuah untuk menjadi sebahagian daripada malam istimewa bersama penyanyi kesayangan korang!
Jawab soalan mudah dan lengkapkan slogan paling kreatif!