Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ebit Lew Pasang Internet Dekat Kampung Di Lahad Datu

Penceramah terkenal, Ebit Lew terus menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuklah memasang perkhidmatan internet di sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah.

ebit lew pasang internet dekat kampung di lahad datu

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau melahirkan rasa gembira dan sebak apabila memasang perkhidmatan wifi di Kampung Bangingod untuk kegunaan penduduk disana.

Advertisement

Beliau turut menghadiahkan beberapa tab dan basikal kepada pelajar terpilih daripada keluarga yang sangat memerlukan.

“Pagi tadi ke Kampung Bangingod Felda Sahabat Lahad Datu, tak sangka dapat lihat rumah yang kecil sangat. Nak internet perlu pergi ke pantai dan atas titi.

“Cikgu juga kata mereka siap hantar kerja sekolah ke rumah pelajar bagi memastikan mereka semua belajar,” katanya.

Tambah lagi, perkhidmatan internet itu juga akan ditanggung bayaran bulanannya bagi kegunaan penduduk disitu.

Sumber: Facebook Ebit Lew

ERA Muzik Hit Terkini