Skip to main content
BERITA| 2 anggota tentera maut terkena letupan bom ketika latihan di Kedah

Tentera Darat Malaysia arahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian letupan bom yang mengorbankan dua anggotanya di Gurun, Kedah. 

 

Kedua-dua anggota dilapor cedera parah ketika latihan membaling grenad, pagi tadi. 

 

Bagaimanapun, mangsa babitkan seorang lelaki dan wanita meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 

__ 

Ibu bapa boleh dihukum dalam sebarang bentuk atau liabiliti secara bersama, jika pelaku kesalahan buli diputuskan bersalah oleh Tribunal Bagi Antibuli. 

 

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi berkata ini bagi memastikan keluarga pelaku kes buli turut memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap salah laku dilakukan anak mereka. 

 

Terdahulu, kerajaan lancar Tribunal Antibuli 2026 serentak dengan penguatkuasaan rasmi Akta 876 bagi memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak daripada sebarang bentuk buli dan keganasan. 

__ 

Dan, polis mengklasifikasikan semula kes kematian seorang kanak-kanak berusia emapt tahun di Johor Bahru sebagai bunuh yang didakwa dilakukan oleh ibu tirinya. 

 

Suspek dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru namun tiada pengakuan direkodkan.  

 

Mahkamah kemudian menetapkan Khamis ini bagi sebutan semula kes.

 

ERA Muzik Hit Terkini