Skip to main content
BERITA| 2 Remaja Ditahan Dipercayai Bekalkan Vape Mengandungi Dadah

 

BERITA| 2 Remaja Ditahan Dipercayai Bekalkan Vape Mengandungi Dadah  

Ibu bapa dinasihatkan lebih proaktif pantau pergaulan anak-anak termasuk periksa beg sekolah atau bilik tidur mereka bagi elak terjebak dengan vape mengandungi dadah. 

Ia susulan penahanan 2 remaja dipercayai bertindak sebagai pembekal dalam kes seorang pelajar sekolah menghisap vape mengandungi dadah di Negeri Sembilan.  

Menurut Bukit Aman, suspek yang ditahan babitkan seorang pelajar berusia 17 tahun yang juga rakan sekolah mangsa dan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang tidak bersekolah.  

Polis kini giat mengesan seorang lagi individu yang bertindak sebagai dalang utama membekalkan bahan berkenaan kepada mereka.  

Dalam perkembangan berkaitan, individu berdepan masalah kewangan khususnya dari Sarawak dan Pahang dikesan jadi sasaran utama sindiket penyeludupan dadah antarabangsa untuk direkrut sebagai keldai dadah. 

Bukit Aman berkata modus operandi sindiket yang aktif sejak September lepas itu terbongkar susulan penahanan 4 individu termasuk seorang dalang warga asing di Brickfields, KL. 

Jelasnya, sindiket terbabit sebelum ini dikenal pasti merekrut 5 rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di Jakarta, Indonesia dan 5 lagi di Tokyo, Jepun pada September dan Oktober lepas. 

ERA Muzik Hit Terkini