Skip to main content
BERITA| 25,000 individu bakal terima manfaat Bakat Madani – PM Anwar

25,000 individu dijangka terima manfaat menerusi inisiatif Bakat Madani yang dilancarkan semalam, dalam tempoh setahun mulai pertengahan tahun ini.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan pelaksanaan inisiatif itu juga bergantung kepada kestabilan politik, perpaduan rakyat serta sistem negara yang teratur.

 

Inisiatif itu turut dijangka buka lebih 5,000 peluang pekerjaan dalam sektor strategik selain memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri masa depan.

__

Pelaksanaan inisiatif tanpa kertas dalam perkhidmatan awam berjaya menjimatkan kos hampir RM2 juta.

 

Ketua Setiausaha Negara berkata pencapaian itu dimaklumkan pada Mesyuarat Ekonomi Digital dan Revolusi Industri 4.0 yang dipengerusikan Perdana Menteri.

 

Malaysia kini sasar untuk muncul sebagai Negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Malaysia Digital 2030 yang dilancarkan dalam mesyuarat berkenaan.

 

Terdahulu, pendekatan tanpa kertas diperkenalkan dalam perkhidmatan awam selaras usaha mempercepat pendigitalan dalam pentadbiran kerajaan.

__

Dan,dua rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan di Tak Bai, Thailand, semalam dalam keadaan stabil dan selamat.

 

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla memaklumkan mereka akan dipindahkan ke Malaysia selepas mendapat kebenaran dari Hospital Narathiwat.

 

ERA Muzik Hit Terkini