Skip to main content
BERITA| 3.2 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sempena Deepavali

 

BERITA| 3.2 Juta Kenderaan Sehari Gunakan Lebuh Raya Utama Sempena Deepavali

Kira-kira 3.2 juta kenderaan sehari dijangka akan gunakan lebuh raya utama negara pada hari-hari puncak sempena perayaan Hari Deepavali pada 8 November ini. 

Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata peningkatan jumlah trafik khususnya bagi pergerakan menuju ke pantai timur, utara, dan selatan dijangka bermula seawal hari ini. 

Justeru, pihaknya menasihati pengguna supaya rancang perjalanan sebaiknya pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. 

Sementara itu, diskaun tol sebanyak 50 peratus diberikan buat pengguna lebuh raya bagi tempoh 2 hari bermula esok hingga Sabtu sempena sambutan Deepavali, Ahad ini.   

Inisiatif tersebut melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol dan Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang.

 

ERA Muzik Hit Terkini