Skip to main content
BERITA| 4 Tahun Pentadbiran MADANI, Kestabilan Jadi Salah Satu Pencapaian Terbesar

 

Kestabilan menjadi salah satu pencapaian terbesar sepanjang perjalanan empat tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.

 

Pengarah Program Merdeka Center, Ibrahim Sufian beritahu Astro Awani, Perdana Menteri telah berjaya memastikan pelbagai parti dalam kerajaan perpaduan bekerjasama dengan baik.

 

Tambah beliau, kedudukan kewangan negara juga kini lebih baik berbanding semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim pertama kali mengangkat sumpah.

 

Untuk rekod, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini bertahan selama 22 bulan, Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memegang kuasa selama 17 bulan.

 

Manakala pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memerintah selama 13 bulan.

 

ERA Muzik Hit Terkini