Skip to main content
BERITA| 5,845 Guru Baharu Ditempatkan Ogos Ini

Penempatan baharu guru oleh Kementerian Pendidikan dijangka bermula pada Ogos depan bagi mengisi keperluan tenaga pengajar di sekolah seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata seramai 8,042 guru telah diambil setakat 10 Jun dan 5,845 graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan turut akan ditempatkan.

Beliau menjelaskan penempatan itu dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan opsyen mata pelajaran dan kekosongan jawatan di sekolah.

.....

Kerajaan menegaskan dakwaan kononnya penyelewengan kewangan dan terlebih nilai dalam projek Stesen Janakuasa Battersea di London adalah tidak berasas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas dua laporan siasatan forensik bebas mendapati tiada keperluan untuk siasatan lanjut. 

.....

KPDN memaklumkan kadar inflasi negara merekodkan penurunan secara beransur-ansur dalam tempoh 4 tahun berturut-turut.

Indeks Kos Sara Hidup negara juga menunjukkan penurunan dengan merekodkan 1.9 peratus pada 2024 berbanding 3.1 peratus pada tahun sebelumnya.

.....

JPJ Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak layak memiliki lesen memandu negara ini berikutan status mereka sebagai pelarian.

Pengarahnya berkata kad UNHCR yang dimiliki golongan itu bukan dokumen pengenalan diri rasmi yang melayakkan untuk memohon lesen memandu.

.....

Di Terengganu, seorang wanita kerugian lebih RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran perkhidmatan baik pulih rumah menerusi panggilan telefon.

.....

Dan kira-kira 30 buah rumah Taman Langat Utama 2 di Kuala Langat terjejas banjir susulan kejadian ban pecah awal pagi tadi.

ERA Muzik Hit Terkini