Skip to main content
BERITA| Banjir Kali Ini Dijangka Tidak Seteruk Pada 2021

 

BERITA| Banjir Kali Ini Dijangka Tidak Seteruk Pada 2021

NADMA jangkakan banjir sepanjang Monsun Timur Laut, MTL kali ini tidak seteruk banjir besar yang melanda negara pada 2021. 

Ia berdasarkan maklumat METMalaysia berhubung ramalan hujan susulan MTL yang telah bermula dan dijangka berterusan hingga Mac tahun depan. 

Bagaimanapun persiapan NADMA untuk hadapi banjir tidak akan dikurangkan walaupun unjuran awal menunjukkan risiko rendah berlaku pada MTL kali ini. 

Pihaknya turut menasihati orang ramai supaya elakkan pembelian panik atau simpan stok makanan berlebihan untuk hadapi banjir, sebaliknya buat persediaan mengikut keperluan.

 

ERA Muzik Hit Terkini