Skip to main content
BERITA| Bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah diagih Rabu

 

Bantuan khas RM1,000 kepada kira-kira 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah akan mula diagihkan secara berperingkat Rabu ini.

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pengagihan awal libatkan kumpulan pertama penerima yang bakal dijemput hadir ke Kementerian Pengangkutan bagi terima baucar bantuan berkenaan.

 

Inisiatif itu merupakan antara langkah kerajaan membantu golongan pengusaha dan pemandu pengangkutan awam darat, khususnya dalam mengurangkan beban kos sara hidup.

ERA Muzik Hit Terkini