Bapa dan abang sulung suspek penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun.
Ini selepas kedua-dua tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
Sementara itu, ibu penyerang dihukum penjara selama empat tahun berkaitan kes sama.
Pada 17 Mei 2024, dua pegawai terkorban, manakala seorang cedera ditembak selepas diserang seorang lelaki yang akhirnya mati ditembak mati dalam insiden berkenaan.
__
Polis giat mengesan lelaki disyaki memukul isterinya yang juga penjawat awam hingga alami keguguran dalam kejadian di Sungai Petani, Khamis lalu.
Suspek juga dilaporkan pernah diburu IPD Johor Bahru Selatan pada 2021 bagi bantu siasatan kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
__
Dan, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung semakan kehakimannya berkaitan Titah Adendum.
Ini bermakna bekas Perdana Menteri itu tidak lagi meminta mahkmah untuk membolehkannya menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun di rumahnya.