Skip to main content
BERITA| Bekalan Bahan Api Negara Mencukupi Hingga Ogos

 

BERITA| Bekalan Bahan Api Negara Mencukupi Hingga Ogos

Kerajaan beri jaminan bekalan bahan api negara ketika ini mencukupi sehingga Ogos depan.

Manakala Menteri Ekonomi berkata bekalan beras termasuk stok penimbal pula mampu tampung keperluan negara bagi tempoh antara 5 hingga 6 bulan.

Kerajaan juga sedang berusaha memastikan bekalan bahan api terus terjamin bagi memastikan aktiviti harian rakyat, pengangkutan awam, logistik dan perniagaan tidak terjejas.

Sementara itu, Program Nikmat Untuk Rakyat, NUR@PETRA 2026 bagi Kategori Domestik akan dilaksanakan bermula Julai ini.

Pengguna domestik yang layak boleh menikmati rebat RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk dengan label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga.

Permohonan rebat bagi Kategori Domestik itu dibuka bermula Rabu ini.

ERA Muzik Hit Terkini