
BERITA| Bekalan Beras Negara Stabil Hingga Hujung Tahun Ini
Bekalan beras negara stabil dan mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat hingga hujung tahun ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan ambil langkah berterusan bagi memastikan kestabilan bekalan makanan ruji itu dapat dikekalkan untuk jangka panjang.
Susulan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu menasihati orang ramai jangan lakukan pembelian panik atau beli dalam kuantiti berlebihan kerana bekalan beras negara masih terkawal.