Skip to main content
BERITA| BNM Keluarkan Surat Peringatan 5 Siri Kepada Pengerusi TH

 

BERITA| BNM Keluarkan Surat Peringatan 5 Siri Kepada Pengerusi TH

Bank Negara telah mengeluarkan surat peringatan sebanyak 5 siri kepada pengerusi Lembaga Tabung Haji mengenai masalah jurang antara aset dan tanggungannya. 

Bagaimanapun jelas Menteri Hal Ehwal Agama, surat-surat tersebut tidak diendahkan oleh kepimpinan Tabung Haji pada ketika itu. 

Jelas Dr Zulkifli Hasan, peringatan Bank Negara itu disusuli dengan teguran Ketua Audit Negara dalam Laporan Penyata Kewangan bagi 2017. 

Namun, Lembaga Tabung Haji kini berada pada kedudukan jauh lebih kukuh selepas melalui proses pemulihan institusi. 

Menteri Hal Ehwal Agama berkata Tabung Haji kini dalam peringkat akhir untuk memperhalusi penambahbaikan dasar pengurusan haji dan akan diumumkan dalam masa terdekat.  

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji di Parlimen hari ini. 

Dalam pada itu, sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan ketika sidang khas berkenaan.

Ini selepas usul mereka untuk tangguhkan sidang khas itu ekoran ketiadaan Perdana Menteri telah ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

Bagaimanapun semua Ahli Parlimen BERSATU kekal dalam sidang khas itu kerana berpendapat isu berkaitan Tabung Haji penting untuk rakyat.

ERA Muzik Hit Terkini