Kerajaan menegaskan komitmen untuk menamatkan budaya memaksa rakyat beratur panjang demi mendapatkan pengagihan bantuan kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan itu tidak sepatutnya berlaku lagi dalam era digital kini kerana ia dianggap sebagai amalan kuno yang merendahkan maruah rakyat.
Jelasnya, kerajaan kini mengutamakan kaedah penyaluran terus ke dalam akaun bank bagi memastikan kebajikan warganegara terpelihara dengan penuh hormat.
__
Polis sudah ambil keterangan beberapa penduduk yang menemukan pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih di Perak, semalam.
Ia bagi membantu siasatan serta mendapatkan gambaran lengkap bagaimana mangsa ditemukan selepas 14 hari hilang.
Sementara itu, mangsa masih berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum sebarang keterangan rasmi dapat direkodkan pihak polis.
__
Dan, Lembaga Lebuhraya Malaysia jangkakan aliran trafik mula sesak menjelang tengah hari ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat cuti panjang.
Pengguna jalan raya dinasihatkan rancang perjalanan sebaiknya bagi elak terperangkap dalam kesesakan.
Untuk info trafik terkini, layari laman rasmi Astro Audio Traffic di platform Facebook, X dan Threads.