
BERITA| Datuk Ismail Lasim Kekal MB Negeri Sembilan
Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata demikian selepas menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Hinggap, Seremban, hari ini.
ADUN Juasseh itu turut beri penjelasan mengenai surat peletakan jawatan sebelum ini bahawa beliau tidak kemukakan atau beri persetujuan untuk surat tersebut dikemukakan kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Terdahulu, Istana Negeri Sembilan maklumkan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Ia selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.