Skip to main content
BERITA| Gempa bumi Jepun: Tiada rakyat Malaysia terjejas secara serius

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas secara serius susulan gempa bumi kuat 7.5 magnitud yang berlaku di Jepun, semalam. 

 

Kementerian Luar berkata Kedutaan Malaysia berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun serta giat hubungi rakyat Malaysia bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka. 

 

Rakyat Malaysia di Jepun juga dinasihatkan agar sentiasa waspada serta mematuhi arahan pemindahan dan panduan keselamatan. 

__ 

 

Dalam perkembangan berkaitan, Jepun telah tarik balik amaran tsunami bagi kawasan pesisir pantai negara berkenaan.  

 

Namun, pihak berkuasanya beri amaran berkenaan peningkatan risiko gempa bumi kuat dalam masa beberapa hari akan datang.  

__ 

 

Sementara itu, MetMalaysia terus pantau keadaan semasa susulan gempa bumi 3.4 magnitud dikesan berlaku di Kundasang, Sabah, awal pagi tadi. 

 

Gegaran dilapor mungkin dirasai di sekitar kawasan Ranau, namun setakat ini tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima. 

 

Orang ramai yang merasai gegaran akibat kejadian itu diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh jabatan berkenaan bagi bantu pengumpulan data. 

__ 

 

Akhir sekali, Malaysia dan Singapura sambut baik perkembangan gencatan senjata sementara melibatkan Amerika Syarikat, Iran, Israel dan Lubnan. 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semua pihak perlu menyokong usaha ke arah penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkesan.  

ERA Muzik Hit Terkini