Harga petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi masing-masing menurun bagi tempoh 4 hingga 10 Jun.
Menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 turun 20 sen seliter manakala penurunan 30 sen bagi RON97.
__
Pengguna jalan raya digalakkan supaya mengamalkan Pemanduan Cekap Tenaga (Eco Driving) sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan api dan tenaga.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan amalan itu penting bagi meningkatkan kecekapan perjalanan dan menyokong sistem pengangkutan yang lebih mampan serta mesra alam.
Jelasnya, ia juga sebagai sebahagian daripada usaha bersama ke arah mobiliti yang lebih selamat, lestari dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi kerajaan.
__
Dan, Jabatan Pendidikan Terengganu tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku susulan kes dihadapi seorang guru melakukan amang seksual terhadap dua pelajar di Besut.
Pihaknya sedia beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses perundangan dan tindakan tatatertib dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.
Terdahulu, seorang guru mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun dan 15 tahun.