Tentera Darat Malaysia menghentikan pelaksanaan latihan membaling bom tangan susulan kejadian letupan yang berlaku di Gurun, Kedah.
Panglima Tentera Darat berkata ia dihentikan serta merta untuk semua cabang perkhidmatan dalam TDM bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Terdahulu, dua anggota dilapor cedera parah akibat terkena letupan bom semasa latihan membaling grenad sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
__
Dakwaan lebih 30,000 pelajar memasuki universiti awam, UA melalui pintu belakang adalah tuduhan berat yang boleh jejas keyakinan terhadap integriti sistem pendidikan tinggi negara.
Justeru Menteri Pendidikan Tinggi tegaskan, pihak yang membuat tuduhan perlu kemuka bukti dan fakta sekiranya benar puluhan ribu pelajar memasuk UA melalui saluran tidak sah.
Beliau turut memberitahu, beberapa universiti telah buat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung perkara itu.
__
Dan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden Iran dilapor telah menandatangani MoU yang bertujuan menamatkan konflik antara kedua-dua negara.
Kedua-dua negara turut bersetuju untuk memulakan rundingan ke arah perjanjian akhir dalam tempoh maksimum 60 hari, dengan kemungkinan lanjutan jika dipersetujui bersama.
Perjanjian ini turut menetapkan pembukaan semula Selat Hormuz, laluan penting perdagangan minyak dunia, tanpa caj selama 60 hari.
Majlis pemeteraian perjanjian damai Amerika-Iran bakal berlangsung di Geneva, esok.