Skip to main content
BERITA| Iran setuju gencatan senjata, buka semula Selat Hormuz

Iran umum persetujuan rasmi untuk melaksanakan gencatan senjata serta membenarkan pembukaan Selat Hormuz secara bersyarat. 

 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Luar Iran sekali gus mengesahkan pendirian Tehran terhadap usaha meredakan ketegangan ketenteraan di rantau tersebut. 

 

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju gantung serangan ketenteraan terhadap Iran selama 2 minggu, tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz. 

 

Susulan itu, Iran dilapor akan benarkan kapal-kapal melalui perairan strategik itu sekiranya tiada lagi serangan dilancarkan ke atas negara itu. 

__ 

 

Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air digesa mendapatkan tiket penerbangan komersial dengan segera. 

 

Kementerian Luar berkata ia sementara pilihan ini masih tersedia, memandangkan penutupan ruang udara yang tidak dapat diramalkan. 

 

Sementara itu, mereka yang memilih untuk kekal di rantau Asia Barat diminta mengekalkan tahap kewaspadaan dan menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan dilanda konflik. 

 

Setakat ini, Kementerian Luar sahkan semua rakyat Malaysia berdaftar yang dihubungi kekal selamat, dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkandas. 

__ 

 

Dan, Kementerian Kewangan nafi dakwaan mengenai permohonan umum bagi tambahan had subsidi Budi Madani RON95.  

 

Menurutnya, had kelayakan BUDI95 sebanyak 200 liter sebulan kekal berkuat kuasa bagi memastikan subsidi disasarkan kepada majoriti rakyat serta bekalan kekal stabil. 

ERA Muzik Hit Terkini