Skip to main content
BERITA| Isu kekurangan penempatan pelajar: KPT tambah 21,000 kolej IPTA

 

Kementerian Pendidikan Tinggi akan tambah 21,000 kapasiti kolej kediaman IPTA sebagai langkah menangani isu kekurangan penempatan pelajar, khususnya golongan B40.

 

Menterinya berkata jumlah itu merupakan tambahan baharu di luar kemudahan sedia ada, mengambil kira kemasukan kira-kira 100,000 pelajar baharu setiap tahun ke universiti awam.

 

Keutamaan turut diberikan kepada pelajar Orang Asli, OKU, asnaf dan golongan berkeperluan bagi memastikan faktor kewangan tidak jejaskan akses kepada pendidikan tinggi.

 

ERA Muzik Hit Terkini