Masyarakat diminta bertenang dan berhati-hati dengan isu zakat ketika ini.
JAKIM berharap isu penyelewengan dana zakat melibatkan NGO tidak jejas kepercayaan masyarakat untuk menunaikan zakat melalui institusi rasmi.
Pihaknya berkata kes itu membabitkan pihak ketiga dan orang ramai diminta tidak membuat kesimpulan awal serta memberi ruang kepada siasatan.
Terdahulu, media melaporkan mengenai penyelewengan dana zakat kira-kira RM230 juta melibatkan sebuah NGO yang sedang disiasat oleh SPRM.
.....
Dalam pada itu, Sultan Selangor bertitah umat Islam perlu menunaikan zakat melalui saluran bertauliah dan tidak boleh dikutip merentasi negeri tanpa kebenaran.
Baginda mengingatkan bahawa agihan zakat mesti diberikan kepada asnaf tempatan dan menyeru rakyat supaya memahami kepentingannya.
.....
Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi itu bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki yang akan tamat berkhidmat pada 12 Mei ini.
.....
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dipercayai selepas motosikal yang ditunggang ibunya terbabas dalam kejadian di Pulau Pinang semalam.
.....
Dan polis mengesan pemandu bas persiaran yang dirakam melakukan provokasi dan isyarat lucah terhadap seorang pemandu kereta di Melaka baru-baru ini.