
BERITA| Jabatan Peguam Negara Teliti Laporan RCI Tabung Haji
Jabatan Peguam Negara akan teliti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI berhubung isu pengurusan Lembaga Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020 dengan segera.
Penelitian itu dibuat bagi menentukan sama ada terdapat pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan.
Jabatan itu turut beri jaminan sebarang keputusan pendakwaan, sekiranya diperlukan, akan dibuat berlandaskan undang-undang dan tidak dipengaruhi tekanan luar atau sentimen awam.
Sementara itu, SPRM tubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti dapatan laporan RCI berhubung Tabung Haji berkenaan.
Ia untuk meneliti sama ada terdapat sebarang isu perundangan babitkan unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa atau pengubahan wang haram.
Terdahulu, Perdana Menteri umum sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos ini bagi membahaskan laporan tersebut