Skip to main content
BERITA| Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali Selamat Dikebumikan Di Pusara Negara

 

BERITA| Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali Selamat Dikebumikan Di Pusara Negara

Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya. 

Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara Datin Seri Endon Mahmood iaitu isteri kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Terdahulu, penghormatan terakhir dan solat jenazah berlangsung di Masjid As-Syarif di Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan. 

Isteri kepada bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di IJN, pagi tadi. 

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah.   

Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan rasa dukacita dan menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah dan menyifatkan ia sebagai satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara.

 

ERA Muzik Hit Terkini