Skip to main content
BERITA| Jerebu Di Sarawak Semakin Buruk

 

BERITA| Jerebu Di Sarawak Semakin Buruk 

Jerebu di Serian, Sarawak semakin buruk apabila merekodkan bacaan IPU menghampiri status darurat iaitu lebih 470. 

3 lagi kawasan turut catat IPU pada tahap bahaya iaitu Samarahan, Sri Aman dan Kuching. 

Terdahulu, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas maklumkan, Sarawak sedia mengisytiharkan darurat jika pencemaran udara akibat jerebu capai tahap kritikal. 

Berdasarkan garis panduan sedia ada, jika IPU melebihi 500, pejabat sektor awam dan swasta boleh ditutup kecuali perkhidmatan penting. 

Kerajaan Sarawak turut gesa orang ramai kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah sepanjang tempoh kritikal ini dan pakai pelitup muka. 

Sementara itu, kali terakhir disemak, 3 lagi kawasan iaitu Sarikei, Sibu dan Mukah catat IPU sangat tidak sihat.   

Manakala 14 kawasan merekodkan IPU tidak sihat melibatkan Sarawak, Sabah, Labuan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. 

ERA Muzik Hit Terkini