Skip to main content
BERITA| Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang aspek kesihatan - Fadhlina

 

Menteri Pendidikan memahami keresahan ibu bapa khususnya anak mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau lebih sensitif terhadap pencemaran udara.

 

Justeru, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata ibu bapa dibenarkan untuk tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang akan kesihatan dan keselamatan anak mereka dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah. 

 

Dalam pada itu, KPM memulakan penyelarasan tatacara pengoperasian sekolah berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi memastikan keputusan penutupan sekolah dibuat lebih tersusun.

 

Menurutnya, aktiviti luar bilik darjah akan ditangguhkan apabila bacaan IPU melebihi 100, manakala sekolah akan ditutup apabila bacaan IPU melebihi 200.

 

ERA Muzik Hit Terkini