Skip to main content
BERITA| Jerebu: Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit pembakaran di Indonesia

 

Tiada syarikat perladangan kelapa sawit Malaysia didapati terbabit aktiviti pembakaran terbuka di Indonesia.

 

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri dimaklumkan kebanyakan aktiviti pembakaran berlaku di luar kawasan konsesi sawit milik syarikat Malaysia.

 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Malaysia akan nilai semula tawaran bantuan kepada Indonesia bagi tangani kebakaran hutan yang dilapor semakin meluas.

 

Tambahnya, perbincangan susulan akan diadakan mengambil kira keperluan sebenar di lapangan bagi memastikan bantuan dan aset ditawarkan Malaysia dapat capai matlamatnya.

 

ERA Muzik Hit Terkini