Skip to main content
BERITA| JPJ teliti akta, hukuman lebih berat terhadap pesalah di bawah pengaruh alkohol

 

JPJ memulakan penelitian dan semakan terhadap Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dikenakan hukuman lebih berat. 

Ketua Pengarahnya berkata proses tersebut dilaksanakan terlebih dahulu sebelum ia dibawa kepada perhatian Kementerian Pengangkutan untuk sebarang ketetapan. 

 

Terdahulu, Menteri Pengangkutan maklumkan kementeriannya sedang merangka cadangan pindaan lanjut yang mewajibkan pesalah bayar ganti rugi kepada keluarga mangsa. 

 

Ia susulan kes seorang penunggang motosikal maut dirempuh kenderaan dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Klang. 

 

Dua hari kemudian, satu lagi insiden berlaku di Kajang menyaksikan enam individu cedera dirempuh sebuah kenderaan juga dipandu individu mabuk. 

__

 

Sementara itu, Peguam Negara menjelaskan keputusan untuk mengenakan pertuduhan bunuh ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut di Klang. 

  

Katanya berdasarkan bukti, terdapat asas yang mencukupi untuk menyokong pertuduhan sedemikian. 

  

Di bawah Kanun Keseksaan, suspek boleh didakwa dengan tuduhan membunuh jika tertuduh dengan sengaja melakukan perbuatan yang begitu berbahaya, sehingga berkemungkinan menyebabkan kematian. 

__

 

Dan, Ketua Jabatan perlu memastikan setiap petugas yang ingin melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) mematuhi peraturan dan tatacara ditentukan.  

 

Ketua Setiausaha Negara berkata ia termasuk memenuhi KPI ditetapkan. 

 

Terdahulu, pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor serta semua ibu negeri yang mempunyai jarak perjalanan sehala ke pejabat melebihi lapan kilometer layak melaksanakan BDR mulai 15 April. 

ERA Muzik Hit Terkini