Skip to main content
BERITA| Kawalan Keselamatan Diperluas Ke Pangkalan Udara TUDM – Saifuddin

Jemaah Menteri bersetuju memperketat dan memperluas kawalan keselamatan ke pangkalan udara TUDM susulan kes penyeludupan dadah menggunakan aset tentera.

Menteri Dalam Negeri berkata sebelum ini kawalan keselamatan di pintu masuk negara meliputi laluan darat, laut dan udara, namun tidak merangkumi pangkalan udara TUDM.

Tambahnya, tanggungjawab utama pelaksanaan kawalan itu diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan dan diselaraskan bersama Kementerian Dalam Negeri.

Setakat ini, 18 individu termasuk pegawai TUDM dan orang awam ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah menggunakan aset tentera.

.....

Perdana Menteri berkata Program Yakin MADANI menjadi platform kerajaan mendengar pandangan, maklum balas dan mengenal pasti masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim program itu turut memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan serta isu yang memerlukan perhatian kerajaan.

.....

Ujian MySiren akan dijalankan serentak di seluruh negara hari ini dari 10.10 pagi hingga 10.30 pagi bagi menguji penyaluran notifikasi kecemasan ke telefon bimbit pengguna.

Untuk rekod, MySiren merupakan sistem amaran awal negara yang bertujuan memaklumkan orang ramai semasa kecemasan bagi membolehkan tindakan segera diambil.

.....

Ketua Menteri Sabah memaklumkan kerja-kerja pembaikan menara penghantaran elektrik di Pantai Timur Sabah sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam beberapa hari.

.....

Dan kira-kira 1,500 mangsa banjir direkodkan di Selangor, Sabah dan Perak melibatkan kira-kira 9 Pusat Pemindahan Sementara ketika ini.

ERA Muzik Hit Terkini