
Bantuan RM300 bagi setiap murid yang terjejas dalam kebakaran besar Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah telah dikreditkan ke akaun sekolah masing-masing.
Menteri Pendidikan berkata pihak sekolah akan segera melaksanakan agihan bantuan tersebut kepada murid supaya ia dapat digunakan untuk persediaan kelengkapan ke sekolah.
Tambah Fadhlina Sidek, murid terjejas turut diberi kelonggaran daripada memakai pakaian seragam ke sekolah.
Pihaknya juga menyediakan sokongan psikososial untuk murid, guru dan warga pendidikan yang terlibat.
__
Sementara itu, Mercy Malaysia berusaha untuk beri bantuan kepada mangsa terjejas akibat kebakaran tersebut.
NGO itu menyediakan barang keperluan seperti kit kebersihan dan orang ramai yang ingin hulurkan bantuan boleh layari laman media sosial Mercy Malaysia.
__
Dan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan positif dadah dipercayai termakan gula-gula mengandungi bahan terlarang itu.
Ketua Polis Melaka berkata hasil siasatan awal mendapati gula-gula itu dibeli oleh suspek lelaki yang juga anak kepada pengasuh mangsa.
Terdahulu, suspek yang juga pempengaruh media sosial direman hingga Isnin depan bagi bantu siasatan kes.