Skip to main content
BERITA| Kempen Beli Barangan Malaysia Dijenamakan Semula Sebagai Jom Malaysia

 

BERITA| Kempen Beli Barangan Malaysia Dijenamakan Semula Sebagai Jom Malaysia 

Kempen Beli Barangan Malaysia kini berwajah baru dan dijenamakan semula sebagai "JOM MALAYSIA". 

Langkah strategik ini diumumkan oleh Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali ketika merasmikan Festival Jom Malaysia X Pesta Kita di Pasar Seni, Kuala Lumpur, malam tadi. 

Penjenamaan ini bertujuan memperluas skop kempen merangkumi sektor perkhidmatan tempatan, sekali gus memupuk semangat patriotisme ekonomi dalam kalangan rakyat dan pelancong asing. 

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga ke festival yang masih berlangsung itu sebagai sokongan kepada usahawan tempatan. 

ERA Muzik Hit Terkini